Wednesday, May 2, 2018

Kisah Dua Orang Balu

Mengisahkan tentang dua orang Balu yang beberapa bulan telah kehilangan suami tercinta.
Balu pertama bernama Kak Rosmah dan Balu Kedua Kak Siti..Kedua dua balu ni berusia awal 30-an.. Kedua dua suaminya meninnggal dalam kemalangan Jalan Raya , arwah suami Kak Rosmah meninggal dalam perjalanan ke hospital manakala arwah suami Kak Siti meninggal di tempat kejadian.

 Sepanjang urusan pengebumian kedua dua arwah suami Kak Rosmah & Kak SIti kelihatan suasana sayu sekali, apa taknya, mereka kehilangan tempat bergantung, apatah lagi Kak Rosmah & Kak Siti suri rumah sepenuh masa. Anak-anak pula masih kecil..

Beberapa bulan berlalu, kedua dua Kak Rosmah & Kak Siti semestinya merasa kehilangan suami tercinta, apa tidaknya berbelas tahun bersama, sekelip mata, merubah segalanya. Namun yang membezakan kak Rosmah & Kak Siti ialah kehidupan mereka setelah pemergian Suami tercinta..Beberapa bulan kemudian kelihatannya :


Kak Rosmah : 

- Kak Rosmah sudah boleh ketawa, tersenyum & bergaul dengan jiran-jiran. Anak-anak pula kelihatan cukup dari segi keperluan,kereta & rumah pun tidak terusik (Ingat ade lah bahagian orang yang akan tarik kereta) Jiran mak cik bawang dah mulai membawang tentang kehidupan kak rosmah setelah pemergian suaminya.

Kak Siti :

-Kak Siti pula, tidak terurus, keperluan anak -anak yang masih kecil,tersandar di dinding rumah.langsung tidak keluar rumah & bertegur sapa, kalau keluar setakat nak jemur&angkat kain dekat ampaian itu pun waktu subuh ketika tiada orang & waktu malam angkat kain,kadang2 kalau hujan dibiarkan kain basah di ampaian,mungkin terlupa.Kalau angkat kain pun,cepat cepat gayanya macam nak lari pada hantu . Kak Siti pun sama, Jiran Mak Cik bawang turut membawang tentang Kak Siti.

Apa yang membuat Kak Rosmah & Kak Siti menjalani kehidupan yang berbeza setelah kematian suaminya?

Rupa-Rupanya Suami Kak Rosmah semasa hayatnya telah mencarum dalam Takaful dan suaminya selalu kata bahawa ''kehidupan tak selalunya baik'',dan suaminya bercakap tentang perlindungan impian kak rosmah & anak-anaknya kelak..Apalah sangat nak dibandingkan dengan pendapatan 100k + cash value + urusan pengebumian di tanggung berbanding dengan pemergian suami tercinta,namun sekurangnya wang yang ditinggalkan mampu menampung isteri & anak sekeluarga sementara dengan wang yang ditinggalkan.

Manakala Kak Siti pula, terpaksa menyorot daripada belenggu bebanan hutang.Rumah dibiarkan tertutup rapat, nak berpindah tak mampu, nasib ada rumah pusaka untuk berteduh.Suami pula meninggal dunia tanpa apa-apa harta yang ditinggalkan,cukup kereta yang belum habis dibayar,kerje pula kerja buruh,simpanan pula langsung tidak ada katanya ''duit gaji cukup untuk makan tak sempat nak simpan,kalau ada lebih sikit nanti barulah simpan'', selepas kematian suaminya, Kak Siti hanya bergantung pada duit derma yang diberikan ketika urusan pengebumian jenazah suaminya,kini buntu untuk mencari kerje bagi menampung anak-anaknya,dengar-dengar terpaksa dia letak di pusat anak-anak yatim sebab tak mampu nak jaga 5 anaknya yang masih kecil.

Jika diberi pilihan tiada siapa yang mahu menjadi balu, namun sekurangnya mahu atau tidak mahu, hidup perlu diteruskan.Bagi meneruskan kehidupan juga, ada 2 pilihan iaitu:

  '' meninggalkan anak& isteri dalam keadaan berharta atau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin & meminta minta''

Daripada Amir Bin Saad Bin Abi Waqas drp ayahnya r.a beliau berkata, Rasulullah S.A.W bersabda''Sesungguhnya kamu meninggalkan keluarga kamu dalam keadaan berharta lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa kedana sehingga terpaksa meminta minta(menyusahkan orang lain).

Ajal & Maut ialah rahsia Allah. Tinggalkan anak isteri dalam keadaan mana juga pilihan kita sendiri.
Mahukah anda meninggal dunia dalam keadaan tidak tenteram rohnya kerana  dimaki hamun di sebabkan hutang keliling pinggang sehingga anak & isteri terpaksa meminta-minta untuk melangsaikan hutang & meneruskan kehidupan?

Pilihan di tangan anda, sekiranya anda mahu memilih cara yang pastinya lebih baik untuk anda & keluarga anda kelak, anda boleh menghubungi Saya, dan Saya pasti akan jelaskan, http://sayonok.wasap.my/  & #01112932654 NAJIHAH DERAMAN PERUNDING TAKAFUL IKHLAS . Jika anda ditimpa musibah, saya pasti akan membantu anda :)


No comments:

Post a Comment

Dugaan Ejen Takaful Ikhlas

Sebagai EJEN TAKAFUL IKHLAS kene banyak banyak bersabar. Macam macam ragam Customers yang kita akan jumpa. ""Eh, Saya nak yang ...