Monday, May 14, 2018

Takaful Ikhlas Bantulah Saya yang Sudah terhantuk Baru Tergadah

Nama saya Tengku Najihah saya wakil ejen Takaful Ikhlas dari Pantai Timur.

Baru baru ni, saya ada mengikuti taklimat di sekitar Pantai Timur kepentingan orang ramai dalam mencarum dalam Takaful Ikhlas. Untuk pengetahuan,saya masih baru dalam industri Takaful Ikhlas.Apa yang paling mengejutkan ialah sekitar Pantai Timur sangat kurang pendedahan tentang perlindungan tidak kiralah sama ada insurance islamic atau non islamic.

Selesai sesi taklimat tersebut, seorang guru mendekati saya,

''Cik, panggil saya Cikgu Zam, semalam saya sebelum tidur tiba-tiba terfikir, bahawa saya belum ada apa-apa insurance, saya mulai fikir tentang keluarga (anak & isteri) saya. Mungkin hari ni menunjukkan Allah bagi petunjuk pada saya dgn kita berjumpa hari ni''. Katanya sambil tersengeh.

''Alhamdullillah, boleh saya tahu Cikgu Zam umur berape ye?'' Saya menyoal dengan lembut.

''Dah nak pencen Cik, insha allah bulan 5 ni dah bersara la, '' balas dia bersahaja

''Oh yeke, Cikgu Zam ada ambil apa-apa rawatan atau memerlukan ubatan ke, bukan ape dalam taklimat tadi ada bagi tahu, kita kene sama-sama terbuka,kan?''

''Ada, saya konsisten bergantung dengan ubat kolesterol, ada juga doktor beritahu kolesterol hampir block jantung saya sbb terlampau tinggi,bukan ape Cik , Saya banyak urusan sampai tak sedar langsung bila ada taklimat mcm ni baru lah terfikir & nekad''. Balasnya bersahaja dengan nada agak kesal.

''Takpe, Saya tak boleh janji dengan Cikgu yang saya dapat bantu, sebab Cikgu dah hampir bersara, lagipun Cikgu dah diiktiraf terpaksa bergantung dengan ubatan hospital.Maaf ye cikgu''. saya pula rasa serba salah nak jujur. Mukenye agak berubah. Saya dah cube seikhlas hati .

''Takpe Cik, Cik ambil maklumat saya apa yang patut dulu, cuba dulu,nanti beritahu saya ye''.
balas cikgu tersebut dengan berharap.

''ye, insha allah''. saya membalas.

____-----_____------______-----____-----____----___
Sebab apa Saya tak berani 'membantu' cikgu tersebut?

Pengecualian: Perkara yg MEDICAL CARD TAK COVER


1.  Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

2.  Penyakit spesifik  yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.


Bagi yang mahu mencarum dalam TAKAFUL IKHLAS , tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan..
Yang telah berlaku lebih baik kita jadikan ikhtibar, jangan sudah terhantuk baru tergadah.Lebih Baik Kita beringat sebelum terkene dengan mengambil langkah awal.. Saya dah,anda macam mana? Hubungi/whtapp  saya Tengku Najihah ejen Takaful Ikhlas untuk maklumat lanjut, saya sedia membantu anda 01112932654 / http://sayonok.wasap.my/ ..

No comments:

Post a Comment

Dugaan Ejen Takaful Ikhlas

Sebagai EJEN TAKAFUL IKHLAS kene banyak banyak bersabar. Macam macam ragam Customers yang kita akan jumpa. ""Eh, Saya nak yang ...